Sunday, January 9, 2011

hari yang memenatkan...

          Hari ini aku rase sangat penat... huhu.... Dengan masa tidur yang tidak cukup, dan seharian berjalan sambil membuat kajian memang memenatkan. Pagi tadi aku dikejutkan dengan suara habsah yang memanggil-manggil namaku sambil mengetuk-ngetuk di daun pintu bilikku sehingga berjaya mengejutkan aku dari tidur. Setelah melihat habsah dan evonne berdiri tercegat di depan pintu bilikku,, baru aku sedari bahawa hari ini sebenarnye aku perlu pergi membeli barang untuk projek dan pergi ke site projek bersama mereka... haha... Disebabkan bangun lambat jadi segala-galanya pon telah menjadi lambat.. Pagi ini aku bersama fattah, evonne dan yin yin pergi membeli barang keperluan yang perlu digunakan untuk projek measurement. Selesai membeli barang, aku terus pulang ke UTM kerana telah berjanji dengan habsah, lyn, kira dan fiza untuk pergi ke site bersama mereka. Kali ini pula untuk melawat tapak projek teknologi binaan yang telah diberikan tugasan kepada kami untuk mengkaji tentang 'preliminaries items'. Tetapi oleh sebab2 yang tertentu kami terpakse menunda niat kami itu sehingga lepas zohor. So sebab pergi pon dah petang maka balik pon mesti la lambat... huhu.... Thanx to fieza yang sudi tumpangkan kami pergi ke angsana... hehe.... Walaupon fieza da balik dulu seawal jam 5 petang namun kami masih berada di angsana dan akhirnya selamat tiba di UTM pada pukul 8 mlm. Selesai solat isya', aku segera bersiap-siap untuk menghadiri discussion bersama ahli kumpulan iaitu fattah, asiah, gerrard, evonne dan yin yin. Kerja berkumpulan untuk projek measurement dan kerja individu untuk projek teknologi binaan. Kedua-dua projek ini perlu disiapkan dalam jangka masa yang terdekat ini iaitu pada 14/1/11 dan 19/1/11... Jadi mahu tidak mahu kerja ini perlu dibuat secara adil dan saksama untuk menyeimbangkan progress kerja.. haha... Ape la yang aku merepek suda...  Ok la, tak nak cakap banyak lagi... Kepala sudah pening... Ready for the next progression works.. huhu... kat bawah ni ada la sebahagian daripada gambar2 yang aku ambil kat tapak sebelah angsana tu... tak tahulah site tu perlu start dari mane ke mane aku main taram je.. haha... orite!!! aku b'henti takat ni jela dulu ea.... wasalam.... adios!!

kat sini boley wat pintu masuk...
kete merah tu kete fiza... haha...
depan tu angsana,, so tapak tu kt depan angsana ni la..

kt sane tu dh ad apartment..

kalau nk dikira,,mmg besar r tapak nye.. ad la lbey dalam 9 ekar.. so aku pon x taw nk amek dr mne ke mane..

see?? luas kn?? ni x t'msuk ngan sg. lg...



depan angsana,, tapak projek.. depannye pula ad jalan n tapak pembinaan yang  aktif..



ni salah satu masalah yang mungkin timbul kot...
yg tggi2 tu sbnarnye crene.. kat sane pon masih ad tapak yang sedang giat aktif membina bangunan..

lawa x bunge nie?? bunge ni dorg letak kt landskap kt bawah ni.. so yang ni kte x ley remove sbb aku rse nnt rugi r...



ni salah satu landkap die... bunge kt atas tu ad dalam ni... hehe...

ni plak gambar habsah, kira n lyn  yang b'teraskan latar angsana... hehe...

Saturday, January 8, 2011

sem 2 suda.....

          Pada 31/12/10 yang lepas, aku memulakan perjalan untuk kembali ke UTM sebagai persediaan untuk memulakan sesi baru. Walaupon sesi baru akan bermula pada 3/1/11, tetapi aku perlu pulang awal ke UTM kerana aku perlu menghadiri satu bengkel mengenai pengurusan  JKM dan kolej. Pagi itu aku dan beberapa orang ahli keluargaku telah memulakan perjalanan seawal pukul 9.00 pagi lebih kurang. Kebiasaannya perjalanan itu akan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam dari selangor ke johor bahru. Pada sangkaanku, aku akan tiba di UTM lebih awal dari sahabat2ku yang lain kerana mereka bertolak lebih lambat daripadaku. Akan tetapi, aku merupakan orang yang terakhir sampai ke UTM antara sahabat2ku pada hari itu. Sebabnye, kami mengambil peluang untuk singgah ke rumah makcik yang terletak di muar. hehe.... Kemudian, mereka singgah ke Danga Bay dahulu sebelum menghantarku pulang terus ke UTM. Sebelum tiba ke Danga Bay, puas kami pusing2 satu JB ni tapi masih tidak menjumpai lagi jalan yang menghala ke Dangan Bay.. haha... memang penat... Aku kesian kat dorang tapi nak wat macam mane, aku pon tak ingat jalan daa... haha.... so main redah jela... Akhirnye berjaya juga sampai ke Danga Bay... ni die aku kepilkan gambar nye....
ni gambar mak ngan kakak aku...

kt sini singgah minum jap.. huhu...

yang ni lak 2 orang anak buah aku.. entah ape dorg wat aku pon x taw.. huhu...

         Masa kat Danga Bay tu, aku kol en. syamsul untuk bagi tau yang aku mungkin akan sampai malam tu... Nasib baik aku kol die, kalau tak aku tak tau pon yang malam tu da mula meeting. So maghrib tu juga aku sampai ke UTM.  Luckily Danga Bay tu dekat je ngan UTM. Kesian pula aku tengok family aku macam rushing2 disebabkan aku... hm.... So lepas maghrib tu kami g makan kejap kat arked meranti. Tapi tak tahu kenapa aku tak boleh langsung nak makan sebab tak ada selera... huhu... Actually, meeting start kul 8.30 malam kot tapi aku sampai entah kul bape entah.. memang da lambat sangat la.. Tapi takpe, Famly 1st!! hehe.... So bler da start bengkel, memang bz la sampai nak kemas barang2 pon tak sempat.. huhu... Bengkel tu selama 2 hari dari 1/1/11 sampai 2/1/11. Tapi memang penat r... Sebab otak perlu diperah untuk wat proposal yang sebetul-betulnye kalau boleh. Sampai2 je aku mase malam tu, tahu2 aku kene jadi pengarah program untuk program homestay then perlu kerjasama antara kolej lak tu... adoi... Lagi susah r nampaknye... huhu... Ni dia gambar muka2 JKM KRP 2011 yang baru dilantik selepas majlis watikah perlantikan baru2 ni.... hehe...

sorry r dalam gmbar ni x sume JKM ad.. huhu...
         Habis bengkel, kelas pula bermula iaitu pada 3/1/11. Seperti sem lepas, baru je masuk 1 kelas pagi tu dah dapat pulak satu projek tekno... Kali ni kami punye projek mengenai 'preliminaries items' untuk membina kondo 20 tingkat kat sebelah plaza angsana. Macam mana nak wat tu kene pandai2 sendiri la sebab ni kerja individu. huhu... aku pon da pening.. Mane nak cari tender dokumen ngan dokumen kontrak untuk wat rujukan aku pon x tau sangat sebab kt UTM ni ad juga tapi tak banyak. Nasib baik kawan2 aku baik2 sanggup nak kongsi2 mane2 maklumat yang dorang dapat. thanx la kat korg!! sayang korang sumer!! tu baru projek yang dapat hari isnin tu yang nk kene submit 14/1/11 ni. Masuk pula hari ketiga sesi baru, kami diberi lagi satu projek untuk membina model rumah pam air. Kali ni dapat projek untuk kerja berkumpulan pula. Tapi bagi aku agak sukar untuk membuat 2 projek sekali gus kerana tarikh untuk hantar juga terlalu awal. Projek kedua ini pula dihantar pada 19/1/11. So aku pon ngah buntu tak tahu macam mana nak buat semua sekali gus sebab barang2 pon belum dibeli lagi dan tapak projek pon tak tengok lagi. Sebab tu la aku menulis blog ni untuk release tansion... haha.... Ok la, sampai kat sini je la wat mase ni... Hopefully aku dapat wat semua ni dengan teratur, teliti dan diberikan petunjuk.. Ya ALLAH,, kau berilah petunjuk kepada kami ya ALLAH!! hanya engkau tempat kami memohon pertolongan.. Kau permudahkanlah segala urusan kami...amin....