Wednesday, December 29, 2010

Dan Cuti Semester Pon Bermula.....

Huh!! Sudah lama blog ini kubiarkan bersawang.... Almaklumlah, sekarang masih lagi di musim cuti kn.... Hehe.... Jadi blog ini pon ku biarkn bercuti untuk beberapa ketika... hm... Cutiku bermula pada 27/12/10 yang lepas setelah berakhirnya peperiksaan semester 1 iaitu pada tanggal 26/12/10. Akan tetapi, aku dan beberapa orang sahabatku yang lain masih lagi perlu menetap di kolej dan melupakan dahulu niat kami untuk pulang ke kampung halaman tercinta kerana masih ada lagi beberapa perkara yang memerlukan kami untuk terus menetap di kolej untuk beberapa ketika. Hal ini disebabkan kerana penglibatan kami di dalam kolej yang akan memberikan impak yang besar dan positif terhadap diri kami isnyaALLAH. 

          Pada 28/11/10 yang lepas, aku dan beberapa orang sahabatku telah memulakan cuti semester pertama kami dengan mengikuti sebuah Kem anjuran JKM KRP yang bertempat di sekitar Kolej Rahman Putra dan Felcra Tebing Tinggi Training Centre. Pelbagai input dan pengalaman baru yang kami dapat sepanjang mengikuti kem ini iaitu selama 5 hari dan ianya banyak memberi memori yang tidak mungkin dapat kami lupakan... huhu... Memang bertuah kerana aku dapat sertai kem sebegini. Bukannya aku tidak pernah mengikuti mana2 kem,,akan tetapi kem yang aku ikuti kali ini berlainan dari kem2 yang pernah aku sertai sebelum ini. Ini kerana, kem ini telah mengajarku untuk menjadi lebih berani, berkeyakinan, berfikiran terbuka, dan yang paling penting kem ini telah membuat aku dan sahabat2 yang lain untuk mengikat satu hubungan silaturrahim yang kuat! huhu.... sob.. sob... T_T


Inilah dia barisan AJK2 dan peserta2 yang bakal menjadi JKM 2011 insyaallah... huhu...

          Kem ini bermula pada pukul 2 petang iaitu dengan pendaftaran para peserta yang kebanyakannya terdiri daripada coursemate aku sendiri dan ini menambahkan lagi semangatku untuk turut sertai dalam kem ini. Mereka adalah izzati yusofkiraiqram meonfattah, habsah, shasha, aiman, lyn, faten dan zul. Ada di antara kami yang pada mulanya berat hati untuk meneruskan dalam menyertai kem ini, akan tetapi semangat dan dorongan yang diberikan oleh sahabat2 dan para ajk telah membuat kami rasa bersemangat semula.. hehe.... Aktiviti yang disajikan agak menarik minatku kerana ia banyak menguji ketahanan fizikal dan juga mental. Kalau kami tidak kuat dari segi fizikal dan mental aku rasa ada di antara kami yang sudah pon berputus asa dengan kem ini pada awal2 lagi namun akhirnya kami berjaya juga untuk menamatkan sesi kem tersebut. 

          Antara aktiviti yang disajikan adalah rafting, menara gemilang, sungai asid dan treasure hunt. Dalam blog kak fiqa pon dia ada juga bercerita pasal kem ni. hm... Secara personal aku cakap aku tabik r kt dorg yang wat aktiviti tu. Thanks to all of AJK terutamanya kepada Encik Syamsul Hendra dan abang taufiq. hehe... Sebabnya, dalam aktiviti2 yang dorg wat tu semuanya memerlukan kerjasama yang tinggi, pemikiran yang kreatif dan semangat berpasukan di samping perlu patuh pada arahan ketua tetapi yang paling penting pula adalah untuk menjaga amanah yang diberikan kepada kita. Mereka bersusah payah untuk membuatkan kami para peserta bergerak dan bekerja di bawah satu pasukan yang mana amat sukar bagi kami untuk mencapai kata sepakat jika tiada kerjasama antara satu sama lain. Mereka telah memberi kesedaran kepada kami bahawa amanah itu adalah satu perkara yang amat penting untuk dijaga. Dalam kem ini juga kami telah mempelajari bagaimana untuk menyediakan dan membuat kertas kerja atau proposal utntuk sesuatu event. Ini adalah sesuatu yang baru bagi aku kerana aku belum pernah lagi ditugaskan untuk membuat kertas kerja sebelum ini. So far banyak la pengalaman dan pengetahuan baru yang aku dapat. Aku masih ingat lagi sewaktu kami diberi tugasan untuk melengkapkan satu ayat yang berbunyi "Say 'Hi' to new challenge, say 'see you next time' for the last experience, and say 'wait for me' for the bright future". 

          Akhirnya pada 2/12/10 kami mengakhiri dan menutup kem ini dengan membina semangat yang baru. huhu.... Selesai menyiapkan dan menghantar semua kertas kerja, kami dibebaskan dari aktiviti kem dan dibenarkan untuk pulang. Akan tetapi ada di antara kami yang tidak terus pulang ke rumah. Aku, habsah dan lyn mula meninggalkan kolej kediaman pada pukul 11.00 pagi tanggal 4/12/10. Nak balik tapi tiket belum dibeli lagi... huhu... Agak kelam kabut ketika itu dan itu adalah pertama kali aku dan 2 orang sahabatku ini pulang dalam keadaan sebegini. haha.... Sesampainya kami di Seri Puteri, kami segera menuju ke kedai2 yang menjual tiket bas untuk mendapatkan bas yang paling awal perjalannya. Ada diantara syarikat2 bas dan kedai2 yang menawarkan tiket bas yang mana kami boleh memulakan perjalanan pada masa itu juga tetapi mereka mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Aku bersyukur kerana masih diberikan kesabaran yang tinggi dan tidak terpedaya dengan kehendak mereka. Selesai membeli tiket, akhirnya aku dan lyn mengambil keputusan untuk pergi ke Skudai Parade untuk menunaikan solat fardhu sementara menunggu tibanya waktu perjalanan kami untuk pulang ke kampung yang dijangka pada pukul 1.30 tgh hr. Alhamdulillah ada juga kebaikannya aku tidak terpedaya dengan mereka kerana aku dapat menyempurnakan solatku tetapi jika aku mengikuti perjalanan yang lebih awal tadi, bukan sahaja membazir duit bahkan akan membuatku melewatkan atau meninggalkan solat fardhu.

          Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam  sebelum sampai ke terminal bas Bukit Jalil. Setibanya di Bukit Jalil, kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana akhirnya sampai juga kami ke destinasi. Aku dan lyn berpisah dan menuju ke destinasi masing2 Setelah ibu bapa aku tiba untuk menjemputku dan lyn pula dijemput oleh abang dan kakaknya. hehe.... gembira la kan bila da sampai umah.... So the 1st thing yang aku wat time cuti kat umah adalah dengan mengqada' atau dengan kata yang lebih mudah ialah dengan mengganti waktu tidur aku yang selalu sangat aku abaikan. hehe... Yela,, mane tak nye.. Kalau kat hostel, aku tak tahu la kenapa aku selalu sangat tak tidur ikut waktu dan kadang kala sampai tak tido. Puas ditegur dan dimarahi pon aku masih tidak dapat mengubah sikapku yang suke jadi burung hantu tu... haha... Kalau dah dapat ubah pon, tak dapat nak kekalkan... hm.... Risau juga aku kalau aku ni ada penyakit insomnia ke ape ke en... Tapi takpela, next time akan kuusahakan untuk mengubahnye.. InsyaALLAH...


          Sudah beberapa hari aku di rumah, akhirnya dapat juga aku pergi jalan2 makan angin.... hehe... Memang syok... Mula-mula plan cuma nak pagi umah makcik je kat Port Dikson tu sebab dia baru balik haji so ngat nak pegi la ziarah. Kebetulan pula hari tu hari cuti awal muharam, so ramai la family yang dapat join g pd time tu... Excited la jugak sebab aku da lame tak rase gathering ramai2 macam tu.. Maklumlah, da jarang balik ke rumah kan.. hehe... Kadang2 tu jealous la jugak bila tengok gambar dorang gathering ramai2 yang dorang letak kat facebook tu. Mane tidak nye, selalu je aku tak dapat join dorang.. huhu.... sdey je taw... :(
So bila da dapat peluang ni, rasa happy-go-lucky la... haha... Let's go back to my story. hm... Dalam fikiran ni tak habis2 fikir nak mandi laut je. hee... Da alang2 ramai, baik kita enjoy sekali kan... Bukan selalu pon... So plan da b'kembang untuk pergi mandi laut sekali.. hehe... Lepas siapkan apa2 yang patut, kami pon memulakan perjalanan dengan membawa 2 kereta pada mulanya. Then bila da sampai laut, satu demi satu lagi kereta yang tiba dan kesemuanya adalah dalam 6 kereta... hehe... Best la dapat picnic ramai2.. 
  
          Sampai2 je laut, budak2 kecil semua terus turun ke laut untuk mandi so kami pon ikut jela.. Kepada abang2 pula, mereka ditugaskan untuk membakar ikan dan kemudian baru ley join. haha.... Kebetulan ada pula orang jual ikan segar2 dan besar2 pulak tu, so mereka tiba2 nak bakar2 ikan kt sane... hm... xpela,,yang tu serahkan kepada mereka.. hehe... Kali ni aku rase lagi enjoy kot sebab kami berpeluang naik bot pisang tu. Tak cukup 1 trip, terpakse buat 2 trip sebab kami ramai. huhu.. Sebelum2 ni cuma naik pelampung je smpai ke tengah laut tu, tapi kali ni dapat naik bot pisang pula. Merasa la juga daripada tiade langsung kan? :) Setelah lebih 4 jam kami menghabiskan masa di laut, kami segera bersiap-siap untuk kembali ke plan asal datang PD. hehe.... Nasib baik rumah mak cik tak jauh dari sana so tak la risau sangat kalau lambat pon. hm... Bila da balik rumah, ada la pula yang complain pening la, sunburn la, ape la... Tu la, masa berjemur tak ingat dunia... Kan dah kene!! haha... Pape pon, aku enjoy on that day... :)


lepas mnd laut, sunburn suda... haha...

mereka geli dengan lumpur laut tu...


si kecik ni nampak je kecik, tapi lagi berani dr kakaknye.. hehe..


ni plak ngah lepas tension kot... haha..


ngade2 plak dorg nieyh,, mkn pon nk suap2.. huhu...


ni lah die budak2 yg excited nk mandi laut tu... hehe...

          Habis sudah babak mandi laut. huhu.... So aku nak buat ape lagi yer masa cuti ni?? Cuti pon panjang lagi ni...hm.... Bosan di rumah, kita tukar la suasana baru. hehe... Aku bersama abang dan anak buahku pergi ke putrajaya untuk menuju ke rumah kakakku. 1 hari kami habiskan masa di sana sementara menunggu ibu dan ayah menghadiri majlis konvokesyen kakakku di UPM. Kadang2 aku mengajak ibu bapaku untuk keluar ke mall untuk usha2 barang2 yang perlu dibeli untuk dibawa pulang ke kolej sambil usha barang2 mana yang best... Yang mana yang berkenan di hati, itulah yang aku beli. Tak cukup keluar dengan mereka, kakakku pula mengajak untuk ke Time Square. haha... habis la duit aku kali ni berbelanje sakan. 

          Kebiasaannya, aku menghabiskan waktu cuti ku hanya di rumah sahaja. Dan kadang2 pula, aku perlu bersendirian di rumah apabila ibu bapaku tiada di rumah. Walaupon bosan bersendirian di rumah tanpa teman, aku harus membiasakan diriku kerana suatu hari nanti aku juga akan merasakan sedemikian. Tapi aku tidak menafikan, ada kalanya tinggal bersendirian di rumah banyak memberi pengajaran kepadaku jika aku berfikir dari sudut posotif. Sedikit sebanyak ia mengajarku untuk belajar menjadi suri rumah. haha... poyo suda... Ini kerana jika aku berseorangan di rumah, aku lah yang perlu memasak, akulah yang perlu sidai kain, aku lah yang perlu menyapu rumah, aku lah yang perlu mambasuh pinggan, dan akulah yang perlu bertanggungjawab untuk mengambil alih tugas ibuku sebagai suri rumah. huhu... Walaupon tidak begitu pandai dan cekap seperti ibuku, namun aku tetap bersyukur kerana ianya telah memberi keberanian kepada diriku untuk mencuba. :)


melayan kerenah anak buah.... huhu....


Hj Afandi dan Hjh Roliah bersame anak2 daranya... haha...
          
1 happy family... hehe... luv them!!






Thursday, December 16, 2010

Langkah Baru Sebagai Seorang Mahasiswi

Aku merupakan seorang pelajar tahun satu dalam pengajian Sarjana Muda Ukur Bahan atau juga dikenali sebagai Bachelor of Quantity Surveying di salah sebuah institusi pengajian tiggi awam di Malaysia. Pada 4 Julai 2010 yang lepas, bermulanya kehidupan aku sebagai mahasiswi di Universiti Teknologi Malaysia yang terletak di Skudai, Johor. Setelah beberapa bulan meninggalkan alam matrikulasi, aku akhirnya melangkahkan kakiku ke alam universiti yang mana bagiku banyak perbezaannya dengan alam persekolahan dan alam matrikulasi. Jadi, aku mula belajar menyesuaikan diriku dengan persekitaran yang baru ini dengan langkah baru dan semangat yang baru!!! huhu.... Konon jela en semangat baru tp sama je macam lepas2... Tapi xpela, aku anggap ini sebagai satu cabaran dan aku akan cuba menyahut cabaran itu... :)

Kat UTM nie, aku jumpa dengan pelbagai jenis orang.... Almaklumlah, kita selagi hidup di dunia ni selagi tu la kita akan jumpa dengan pelbagai jenis ragam orang kn? Lagi2 pula di UTM ni terdapat ramai mahasiswa2 dari luar negara. Tapi mereka biarlah mereka... Yang aku nak tekankan di sini ialah orang2 sekeliling aku yang mana aku akan banyak berkomunikasi dengan mereka. Alhamdulillah, setakat ni ramai senior2 yang sudah kukenali yang mana mereka amat baik kepada adik2 baru seperti aku ini, tidak kira di dalam fakulti yang sama mahupun di fakulti yang berbeza. Mereka selalu membantu aku dikala aku memerlukan pertolongan walaupon dalam situasi mereka yang agak busy, lbey2 lagi senior2 tahun akhir. Kadang-kala, mereka juga sudi meluangkan masa mereka hanya kerana aku memerlukan mereka sebagai teman berbicara dan sudah menjadi kebiasaanku untuk mengusik mereka. hehe.... Ngade2 kn aku?? Namun dengan sikapku yang beginilah aku dapat mengenali mereka dengan lebih dekat dan lebih rapat lagi.... Mereka sudahku anggap seperti kakak2 ku sendiri dan aku sayang r kt dorg.... huhu....

Berbeza pula di kelas, 1SBQ terdiri daripada mahasiswa2 dari pelbagai kaum yang mana majoritinya adalah terdiri daripada kaum cina. Aku agak terkilan kerana ada di antara mereka yang masih tidak dapat memberi sepenuh kerjasama antara satu sama lain lebih2 lagi apabila satu kumpulan tersebut terdiri daripada kaum yang berbeza. ah!! xnk la aku rungkaikan dgn lebih panjang nanti timbul plak isu kerjasama kaum kat sini... haha... Tapi macam mana pun aku tetap happy sebab punyai ramai kawan2 yang satu kepala dengan aku n dapat memahami antara satu sama lain... hehe.... Aku xde geng aku tersndiri kerana aku universal... Semua aku bley masuk... cewah!! ngarut suda.... Korg dak2 1SBQ, aku nk gtaw kt korg yg aku syg  kt korg!! sbb aku ni kn seorang yg penyayang... haha.... Xdela, bukan macam tu.... Thanx sebab korang banyak bagi sokongan dan banyak sangat membantu sepanjang kita kat UTM ni...

Sepanjang aku kat UTM ni, dah banyak aktiviti dan program aku join. Bukan sahaja sebagai peserta, tapi juga sebagai ajk. Memang hobi aku menyibukkan diri dengan program2 sebab bagi aku join program ni ade la gak banyak faedahnye. Selain dapat belajar cara2 handle program, aku boleh la mengenali lebih ramai orang untuk membina komuniti di sini. Lagipon daripada boring terperuk kat bilik je, lebih baik aku join program2 cam ni. hehe.... Tapi tu dari pandangan aku la.... X taw la korg macam mana kn?? Antara program yang aku pernah join adalah Strike'10, Kembara Rahman Putra, Family Day KRP, Riuh rendah KRP dan Jamuan raya QS-Bina. Dari sini, aku kenal ngan senior2... Dari sini juga aku belajar untuk handle program dengan menjadi ajk seperti ajk teknikal, ajak penajaan dan sebagainya. Tidak lupa juga kepada Encik Syamsul Hendra! hehe.... Kebanyakan lecturer yang kita kenali hanya ketika berada di dalam kelas ataupon kuliah. Kn? kn? kn? Tp berbeza dengan 'sir' aku tu... Semua program kolej yang aku join akan melibatkan 'sir' sebab selain jadi lecturer, 'sir' juga seorang fellow. So aku akan selalu refer kt dia kalau aku ada problem untuk laksanakan tugas2 sebagai ajk program. Contohnya time Kembara Rahman Putra tu aku jadi ajk tugas2 khas. So 'sir' la yg banyak tolong aku dalam laksanakan tugas tersebut. A lot of appreciate credit to you.. :)

Sedar tak sedar sudah lebih 4 bulan aku berada di alam universiti dan akhirnya tibalah pula final exam utk sem 1 sesi 2010/2011. Dengan berakhirnya final exam tersebut maka berakhirlah juga sem 1 sesi 2010/1011 bagi kami 1SBQ... huhu.... HOORAY!! Tiba masa untuk cuti semester 1... 

Beberapa minggu selepas cuti semester bermula, senarai tampal untuk keputusan peperiksaan dibuka. Ketika mula2 melihat keputusan yang tertera di screen, aku berasa agak sedih kerana keputusan bukan seperti yang kuharapkan. Namun aku hanya mampu redha dengan ketentuan. Aku kene kuatkan semangat..Mungkin kali ni bukan rezeki aku n maybe next time rezeki tu milik aku.... so sabar yeh!! yg pntg kte kne redha n sntiase b'syukur atas segala kurniaNYA... Aku berazam untuk berusaha dengan lebih gigih lagi supaya hari esok lebih baik daripada hari ini. Look forward nas!! Jadikan ini sebagai pengajaran dan panduan untuk masa2 akan datang...

"Say 'Hi' to new challenge, say 'see you next time' for the last experience, and say 'wait for me' for the bright future."










Wednesday, December 15, 2010

Memanfaatkan Internet Untuk Amal Soleh

Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.

Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini : 

Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya. 
Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, 'merayau-rayau' tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya. 
Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh,melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi yang mendedahkan aurat dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT. 

Bersama-sama kita bermuhasabah. Saya dan anda golongan yang mana? Sekiranya anda golongan yang pertama, anda hebat! Anda beruntung dan berbaloi walaupun dua atau tiga jam menghadap komputer. Sekiranya anda golongan yang kedua, anda golongan yang rugi kerana masa anda dipersia-siakan tanpa sebarang faedah. Anda akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan. Atau anda golongan yang ketiga? Awas! Dan hentikan tabiat buruk itu. Anda sedar atau tidak anda sebenarnya membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik anda. Mudarat internet amat besar. Kerana internet boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan. Konklusinya, berhati-hatilah dalam menggunakan kemudahan internet. Manfaatkan kemudahannya untuk menjana amal soleh dan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan kerananya menyebabkan kita menerima penghinaan dan azab yang pedih bila kembali ke kehidupan yang sebenar nanti.


Tuesday, December 14, 2010

BERMULANYA DI SINI....

Pada hari ini,,saat ini,,tika ini,,aku sebagai seseorang yang baru di dalam dunia blogging telah memulakan langkah pertama untuk berblog.. hehe... Macam budak baru blajar la lbey kurang...Pada asalnya,, malas sungguh rasanya untuk ku pelajari tentang semua ini... Kerana bagiku blogging ni tiada gunanya... Pernah suatu waktu dahulu aku buat blog,,tp itu sekadar untuk mempelajari basic.... Jadi blog itu telah lama aku biarkan bersawang tanpa di kemaskini yang mana bagiku tiada kepentingan untuk berblog kerana pada ketika itu aku baru mengenali dunia cyber... huhu... masih kebudak-budakan.... Tetapi apabila meningkat remaja dan b'tmbah dewasa,,aku dapat merasakan bahawa berblog ini juga ada banyak gunanya.... Contohnya seperti sekarang,,dengan berblog aku dapat mengisi masa lapangku dan menghilangkan rasa bosan yang sentiasa ada di benak fikiranku.... Dengan berblog juga aku dapat b'kongsi2 antara rakan2 tentang pelbagai perkara... Tambah2 pula aku gemar membaca blog orang lain kerana   di situ terdapat pelbagai input yang boleh diambil dan dijadikan sebagai pengajaran dan panduan hidup... Jadi,, timbul pula minatku untuk kembali ke dunia blogging... hehe.... Nanti bila sudah ada blog sendiri boleh la aku jd follower dorg... That's why,,i'm new here!!