Wednesday, December 29, 2010

Dan Cuti Semester Pon Bermula.....

Huh!! Sudah lama blog ini kubiarkan bersawang.... Almaklumlah, sekarang masih lagi di musim cuti kn.... Hehe.... Jadi blog ini pon ku biarkn bercuti untuk beberapa ketika... hm... Cutiku bermula pada 27/12/10 yang lepas setelah berakhirnya peperiksaan semester 1 iaitu pada tanggal 26/12/10. Akan tetapi, aku dan beberapa orang sahabatku yang lain masih lagi perlu menetap di kolej dan melupakan dahulu niat kami untuk pulang ke kampung halaman tercinta kerana masih ada lagi beberapa perkara yang memerlukan kami untuk terus menetap di kolej untuk beberapa ketika. Hal ini disebabkan kerana penglibatan kami di dalam kolej yang akan memberikan impak yang besar dan positif terhadap diri kami isnyaALLAH. 

          Pada 28/11/10 yang lepas, aku dan beberapa orang sahabatku telah memulakan cuti semester pertama kami dengan mengikuti sebuah Kem anjuran JKM KRP yang bertempat di sekitar Kolej Rahman Putra dan Felcra Tebing Tinggi Training Centre. Pelbagai input dan pengalaman baru yang kami dapat sepanjang mengikuti kem ini iaitu selama 5 hari dan ianya banyak memberi memori yang tidak mungkin dapat kami lupakan... huhu... Memang bertuah kerana aku dapat sertai kem sebegini. Bukannya aku tidak pernah mengikuti mana2 kem,,akan tetapi kem yang aku ikuti kali ini berlainan dari kem2 yang pernah aku sertai sebelum ini. Ini kerana, kem ini telah mengajarku untuk menjadi lebih berani, berkeyakinan, berfikiran terbuka, dan yang paling penting kem ini telah membuat aku dan sahabat2 yang lain untuk mengikat satu hubungan silaturrahim yang kuat! huhu.... sob.. sob... T_T


Inilah dia barisan AJK2 dan peserta2 yang bakal menjadi JKM 2011 insyaallah... huhu...

          Kem ini bermula pada pukul 2 petang iaitu dengan pendaftaran para peserta yang kebanyakannya terdiri daripada coursemate aku sendiri dan ini menambahkan lagi semangatku untuk turut sertai dalam kem ini. Mereka adalah izzati yusofkiraiqram meonfattah, habsah, shasha, aiman, lyn, faten dan zul. Ada di antara kami yang pada mulanya berat hati untuk meneruskan dalam menyertai kem ini, akan tetapi semangat dan dorongan yang diberikan oleh sahabat2 dan para ajk telah membuat kami rasa bersemangat semula.. hehe.... Aktiviti yang disajikan agak menarik minatku kerana ia banyak menguji ketahanan fizikal dan juga mental. Kalau kami tidak kuat dari segi fizikal dan mental aku rasa ada di antara kami yang sudah pon berputus asa dengan kem ini pada awal2 lagi namun akhirnya kami berjaya juga untuk menamatkan sesi kem tersebut. 

          Antara aktiviti yang disajikan adalah rafting, menara gemilang, sungai asid dan treasure hunt. Dalam blog kak fiqa pon dia ada juga bercerita pasal kem ni. hm... Secara personal aku cakap aku tabik r kt dorg yang wat aktiviti tu. Thanks to all of AJK terutamanya kepada Encik Syamsul Hendra dan abang taufiq. hehe... Sebabnya, dalam aktiviti2 yang dorg wat tu semuanya memerlukan kerjasama yang tinggi, pemikiran yang kreatif dan semangat berpasukan di samping perlu patuh pada arahan ketua tetapi yang paling penting pula adalah untuk menjaga amanah yang diberikan kepada kita. Mereka bersusah payah untuk membuatkan kami para peserta bergerak dan bekerja di bawah satu pasukan yang mana amat sukar bagi kami untuk mencapai kata sepakat jika tiada kerjasama antara satu sama lain. Mereka telah memberi kesedaran kepada kami bahawa amanah itu adalah satu perkara yang amat penting untuk dijaga. Dalam kem ini juga kami telah mempelajari bagaimana untuk menyediakan dan membuat kertas kerja atau proposal utntuk sesuatu event. Ini adalah sesuatu yang baru bagi aku kerana aku belum pernah lagi ditugaskan untuk membuat kertas kerja sebelum ini. So far banyak la pengalaman dan pengetahuan baru yang aku dapat. Aku masih ingat lagi sewaktu kami diberi tugasan untuk melengkapkan satu ayat yang berbunyi "Say 'Hi' to new challenge, say 'see you next time' for the last experience, and say 'wait for me' for the bright future". 

          Akhirnya pada 2/12/10 kami mengakhiri dan menutup kem ini dengan membina semangat yang baru. huhu.... Selesai menyiapkan dan menghantar semua kertas kerja, kami dibebaskan dari aktiviti kem dan dibenarkan untuk pulang. Akan tetapi ada di antara kami yang tidak terus pulang ke rumah. Aku, habsah dan lyn mula meninggalkan kolej kediaman pada pukul 11.00 pagi tanggal 4/12/10. Nak balik tapi tiket belum dibeli lagi... huhu... Agak kelam kabut ketika itu dan itu adalah pertama kali aku dan 2 orang sahabatku ini pulang dalam keadaan sebegini. haha.... Sesampainya kami di Seri Puteri, kami segera menuju ke kedai2 yang menjual tiket bas untuk mendapatkan bas yang paling awal perjalannya. Ada diantara syarikat2 bas dan kedai2 yang menawarkan tiket bas yang mana kami boleh memulakan perjalanan pada masa itu juga tetapi mereka mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Aku bersyukur kerana masih diberikan kesabaran yang tinggi dan tidak terpedaya dengan kehendak mereka. Selesai membeli tiket, akhirnya aku dan lyn mengambil keputusan untuk pergi ke Skudai Parade untuk menunaikan solat fardhu sementara menunggu tibanya waktu perjalanan kami untuk pulang ke kampung yang dijangka pada pukul 1.30 tgh hr. Alhamdulillah ada juga kebaikannya aku tidak terpedaya dengan mereka kerana aku dapat menyempurnakan solatku tetapi jika aku mengikuti perjalanan yang lebih awal tadi, bukan sahaja membazir duit bahkan akan membuatku melewatkan atau meninggalkan solat fardhu.

          Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam  sebelum sampai ke terminal bas Bukit Jalil. Setibanya di Bukit Jalil, kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana akhirnya sampai juga kami ke destinasi. Aku dan lyn berpisah dan menuju ke destinasi masing2 Setelah ibu bapa aku tiba untuk menjemputku dan lyn pula dijemput oleh abang dan kakaknya. hehe.... gembira la kan bila da sampai umah.... So the 1st thing yang aku wat time cuti kat umah adalah dengan mengqada' atau dengan kata yang lebih mudah ialah dengan mengganti waktu tidur aku yang selalu sangat aku abaikan. hehe... Yela,, mane tak nye.. Kalau kat hostel, aku tak tahu la kenapa aku selalu sangat tak tidur ikut waktu dan kadang kala sampai tak tido. Puas ditegur dan dimarahi pon aku masih tidak dapat mengubah sikapku yang suke jadi burung hantu tu... haha... Kalau dah dapat ubah pon, tak dapat nak kekalkan... hm.... Risau juga aku kalau aku ni ada penyakit insomnia ke ape ke en... Tapi takpela, next time akan kuusahakan untuk mengubahnye.. InsyaALLAH...


          Sudah beberapa hari aku di rumah, akhirnya dapat juga aku pergi jalan2 makan angin.... hehe... Memang syok... Mula-mula plan cuma nak pagi umah makcik je kat Port Dikson tu sebab dia baru balik haji so ngat nak pegi la ziarah. Kebetulan pula hari tu hari cuti awal muharam, so ramai la family yang dapat join g pd time tu... Excited la jugak sebab aku da lame tak rase gathering ramai2 macam tu.. Maklumlah, da jarang balik ke rumah kan.. hehe... Kadang2 tu jealous la jugak bila tengok gambar dorang gathering ramai2 yang dorang letak kat facebook tu. Mane tidak nye, selalu je aku tak dapat join dorang.. huhu.... sdey je taw... :(
So bila da dapat peluang ni, rasa happy-go-lucky la... haha... Let's go back to my story. hm... Dalam fikiran ni tak habis2 fikir nak mandi laut je. hee... Da alang2 ramai, baik kita enjoy sekali kan... Bukan selalu pon... So plan da b'kembang untuk pergi mandi laut sekali.. hehe... Lepas siapkan apa2 yang patut, kami pon memulakan perjalanan dengan membawa 2 kereta pada mulanya. Then bila da sampai laut, satu demi satu lagi kereta yang tiba dan kesemuanya adalah dalam 6 kereta... hehe... Best la dapat picnic ramai2.. 
  
          Sampai2 je laut, budak2 kecil semua terus turun ke laut untuk mandi so kami pon ikut jela.. Kepada abang2 pula, mereka ditugaskan untuk membakar ikan dan kemudian baru ley join. haha.... Kebetulan ada pula orang jual ikan segar2 dan besar2 pulak tu, so mereka tiba2 nak bakar2 ikan kt sane... hm... xpela,,yang tu serahkan kepada mereka.. hehe... Kali ni aku rase lagi enjoy kot sebab kami berpeluang naik bot pisang tu. Tak cukup 1 trip, terpakse buat 2 trip sebab kami ramai. huhu.. Sebelum2 ni cuma naik pelampung je smpai ke tengah laut tu, tapi kali ni dapat naik bot pisang pula. Merasa la juga daripada tiade langsung kan? :) Setelah lebih 4 jam kami menghabiskan masa di laut, kami segera bersiap-siap untuk kembali ke plan asal datang PD. hehe.... Nasib baik rumah mak cik tak jauh dari sana so tak la risau sangat kalau lambat pon. hm... Bila da balik rumah, ada la pula yang complain pening la, sunburn la, ape la... Tu la, masa berjemur tak ingat dunia... Kan dah kene!! haha... Pape pon, aku enjoy on that day... :)


lepas mnd laut, sunburn suda... haha...

mereka geli dengan lumpur laut tu...


si kecik ni nampak je kecik, tapi lagi berani dr kakaknye.. hehe..


ni plak ngah lepas tension kot... haha..


ngade2 plak dorg nieyh,, mkn pon nk suap2.. huhu...


ni lah die budak2 yg excited nk mandi laut tu... hehe...

          Habis sudah babak mandi laut. huhu.... So aku nak buat ape lagi yer masa cuti ni?? Cuti pon panjang lagi ni...hm.... Bosan di rumah, kita tukar la suasana baru. hehe... Aku bersama abang dan anak buahku pergi ke putrajaya untuk menuju ke rumah kakakku. 1 hari kami habiskan masa di sana sementara menunggu ibu dan ayah menghadiri majlis konvokesyen kakakku di UPM. Kadang2 aku mengajak ibu bapaku untuk keluar ke mall untuk usha2 barang2 yang perlu dibeli untuk dibawa pulang ke kolej sambil usha barang2 mana yang best... Yang mana yang berkenan di hati, itulah yang aku beli. Tak cukup keluar dengan mereka, kakakku pula mengajak untuk ke Time Square. haha... habis la duit aku kali ni berbelanje sakan. 

          Kebiasaannya, aku menghabiskan waktu cuti ku hanya di rumah sahaja. Dan kadang2 pula, aku perlu bersendirian di rumah apabila ibu bapaku tiada di rumah. Walaupon bosan bersendirian di rumah tanpa teman, aku harus membiasakan diriku kerana suatu hari nanti aku juga akan merasakan sedemikian. Tapi aku tidak menafikan, ada kalanya tinggal bersendirian di rumah banyak memberi pengajaran kepadaku jika aku berfikir dari sudut posotif. Sedikit sebanyak ia mengajarku untuk belajar menjadi suri rumah. haha... poyo suda... Ini kerana jika aku berseorangan di rumah, aku lah yang perlu memasak, akulah yang perlu sidai kain, aku lah yang perlu menyapu rumah, aku lah yang perlu mambasuh pinggan, dan akulah yang perlu bertanggungjawab untuk mengambil alih tugas ibuku sebagai suri rumah. huhu... Walaupon tidak begitu pandai dan cekap seperti ibuku, namun aku tetap bersyukur kerana ianya telah memberi keberanian kepada diriku untuk mencuba. :)


melayan kerenah anak buah.... huhu....


Hj Afandi dan Hjh Roliah bersame anak2 daranya... haha...
          
1 happy family... hehe... luv them!!






2 comments:

Paroy said...

hahaha..sakan bercuti~!!!..selamat masuk utm..haha

NASIRAH AFANDI said...

hehe..... bkn slalu pon kn... so pe salahnye... :)
skang ni kne ready utk 2nd sem lak... huhu...