Thursday, December 16, 2010

Langkah Baru Sebagai Seorang Mahasiswi

Aku merupakan seorang pelajar tahun satu dalam pengajian Sarjana Muda Ukur Bahan atau juga dikenali sebagai Bachelor of Quantity Surveying di salah sebuah institusi pengajian tiggi awam di Malaysia. Pada 4 Julai 2010 yang lepas, bermulanya kehidupan aku sebagai mahasiswi di Universiti Teknologi Malaysia yang terletak di Skudai, Johor. Setelah beberapa bulan meninggalkan alam matrikulasi, aku akhirnya melangkahkan kakiku ke alam universiti yang mana bagiku banyak perbezaannya dengan alam persekolahan dan alam matrikulasi. Jadi, aku mula belajar menyesuaikan diriku dengan persekitaran yang baru ini dengan langkah baru dan semangat yang baru!!! huhu.... Konon jela en semangat baru tp sama je macam lepas2... Tapi xpela, aku anggap ini sebagai satu cabaran dan aku akan cuba menyahut cabaran itu... :)

Kat UTM nie, aku jumpa dengan pelbagai jenis orang.... Almaklumlah, kita selagi hidup di dunia ni selagi tu la kita akan jumpa dengan pelbagai jenis ragam orang kn? Lagi2 pula di UTM ni terdapat ramai mahasiswa2 dari luar negara. Tapi mereka biarlah mereka... Yang aku nak tekankan di sini ialah orang2 sekeliling aku yang mana aku akan banyak berkomunikasi dengan mereka. Alhamdulillah, setakat ni ramai senior2 yang sudah kukenali yang mana mereka amat baik kepada adik2 baru seperti aku ini, tidak kira di dalam fakulti yang sama mahupun di fakulti yang berbeza. Mereka selalu membantu aku dikala aku memerlukan pertolongan walaupon dalam situasi mereka yang agak busy, lbey2 lagi senior2 tahun akhir. Kadang-kala, mereka juga sudi meluangkan masa mereka hanya kerana aku memerlukan mereka sebagai teman berbicara dan sudah menjadi kebiasaanku untuk mengusik mereka. hehe.... Ngade2 kn aku?? Namun dengan sikapku yang beginilah aku dapat mengenali mereka dengan lebih dekat dan lebih rapat lagi.... Mereka sudahku anggap seperti kakak2 ku sendiri dan aku sayang r kt dorg.... huhu....

Berbeza pula di kelas, 1SBQ terdiri daripada mahasiswa2 dari pelbagai kaum yang mana majoritinya adalah terdiri daripada kaum cina. Aku agak terkilan kerana ada di antara mereka yang masih tidak dapat memberi sepenuh kerjasama antara satu sama lain lebih2 lagi apabila satu kumpulan tersebut terdiri daripada kaum yang berbeza. ah!! xnk la aku rungkaikan dgn lebih panjang nanti timbul plak isu kerjasama kaum kat sini... haha... Tapi macam mana pun aku tetap happy sebab punyai ramai kawan2 yang satu kepala dengan aku n dapat memahami antara satu sama lain... hehe.... Aku xde geng aku tersndiri kerana aku universal... Semua aku bley masuk... cewah!! ngarut suda.... Korg dak2 1SBQ, aku nk gtaw kt korg yg aku syg  kt korg!! sbb aku ni kn seorang yg penyayang... haha.... Xdela, bukan macam tu.... Thanx sebab korang banyak bagi sokongan dan banyak sangat membantu sepanjang kita kat UTM ni...

Sepanjang aku kat UTM ni, dah banyak aktiviti dan program aku join. Bukan sahaja sebagai peserta, tapi juga sebagai ajk. Memang hobi aku menyibukkan diri dengan program2 sebab bagi aku join program ni ade la gak banyak faedahnye. Selain dapat belajar cara2 handle program, aku boleh la mengenali lebih ramai orang untuk membina komuniti di sini. Lagipon daripada boring terperuk kat bilik je, lebih baik aku join program2 cam ni. hehe.... Tapi tu dari pandangan aku la.... X taw la korg macam mana kn?? Antara program yang aku pernah join adalah Strike'10, Kembara Rahman Putra, Family Day KRP, Riuh rendah KRP dan Jamuan raya QS-Bina. Dari sini, aku kenal ngan senior2... Dari sini juga aku belajar untuk handle program dengan menjadi ajk seperti ajk teknikal, ajak penajaan dan sebagainya. Tidak lupa juga kepada Encik Syamsul Hendra! hehe.... Kebanyakan lecturer yang kita kenali hanya ketika berada di dalam kelas ataupon kuliah. Kn? kn? kn? Tp berbeza dengan 'sir' aku tu... Semua program kolej yang aku join akan melibatkan 'sir' sebab selain jadi lecturer, 'sir' juga seorang fellow. So aku akan selalu refer kt dia kalau aku ada problem untuk laksanakan tugas2 sebagai ajk program. Contohnya time Kembara Rahman Putra tu aku jadi ajk tugas2 khas. So 'sir' la yg banyak tolong aku dalam laksanakan tugas tersebut. A lot of appreciate credit to you.. :)

Sedar tak sedar sudah lebih 4 bulan aku berada di alam universiti dan akhirnya tibalah pula final exam utk sem 1 sesi 2010/2011. Dengan berakhirnya final exam tersebut maka berakhirlah juga sem 1 sesi 2010/1011 bagi kami 1SBQ... huhu.... HOORAY!! Tiba masa untuk cuti semester 1... 

Beberapa minggu selepas cuti semester bermula, senarai tampal untuk keputusan peperiksaan dibuka. Ketika mula2 melihat keputusan yang tertera di screen, aku berasa agak sedih kerana keputusan bukan seperti yang kuharapkan. Namun aku hanya mampu redha dengan ketentuan. Aku kene kuatkan semangat..Mungkin kali ni bukan rezeki aku n maybe next time rezeki tu milik aku.... so sabar yeh!! yg pntg kte kne redha n sntiase b'syukur atas segala kurniaNYA... Aku berazam untuk berusaha dengan lebih gigih lagi supaya hari esok lebih baik daripada hari ini. Look forward nas!! Jadikan ini sebagai pengajaran dan panduan untuk masa2 akan datang...

"Say 'Hi' to new challenge, say 'see you next time' for the last experience, and say 'wait for me' for the bright future."










5 comments:

Magnesiumize Meon said...

Dlm gmbr 2 aq xde.Huhu.

Magnesiumize Meon said...

Gambar aq xde pon tyme nie.

MaxXxNQ said...

sy nk komen firsttttttt skali....yeahhh....
hahahha

nk komen skit psl blog nie...
impressive for d first time use blog....u look creative in designing the background layoout....
i like ur background music which is song by maher zain....
feel nice to hear it...
ceewah...speaking la plak...hehhe

tp nape xbole scroll kt page nas ek?
kalo nk scroll down,kne tarik bar kt kanan skali tuh...kalo roll gune mouse xbole...nape ek?

cahayakekuatanku said...

saya sayang awak juga ....

NASIRAH AFANDI said...

meon:eh,,npe gmbar ko xde ea?? mne ko pg time nie?? adoyai... sorry2 x pasan gmbar ko xde.... tp xde gmbar pon,,kte tetap 1SBQ kn... hehe..

MaxXxNQ:hm.... npe nas wat ley je?? hehe... maybe x tekan dulu kot kt content.... tu yg xley scroll tu.. btw,,thanx for the comment.. hehe..

cahayakekuatanku:awk x bg taw pon sy taw awk syg sy... hehe... ;)